Sunday 22 July 2012

Berikan Aku Kesempatan Untuk Merasai Nikmat ITU .

Salam Ramadhan . Lama sudah tak update belog ni . Rindu rasa nya nak berkongsi cerita dengan belog kesayangan aku ni . Sepanjang perjalanan hidup aku di Penang ni , bermacam ragam aku jumpa. Ada yang menyenangkan , ada yang menjengkelkan . *SIGH . Hmp , apa apa pun itolah yang dipanggil artis dalam lakonan duniawi kita . Sudah nampak yang baik , mesti punya ada yang buruknya juga kan . Tapi jangan kita jadikan ito semua alasan untuk kita sesuka hati melepaskan tekanan hidup dengan mengata kebaikan dan memaki keburukan mereka . Masing masing ada baik buruk sendiri . So , PLEASE biasakan diri anda . Hmp . Ito soal hidup aku . Belom soal hati aku lagi . Kalau nak diikotkan hati aku , memang dah lama hati aku bersarang dek kerana tadak siapa yang nak teringin masok dalam carta hati aku . Hahaha . Haih , bila dah masok dalam kisah hati ni , macam macam bermain dalam otak dengan jiwa aku . Kadang kadang rasa nak mmeberontak , kadang kadang nak merelakan kan apa sahaja yang mendatang . Tapi aku tetap seorang insan yang ingin dikasihi , bukan sahaja mengasihi . Aku akui , aku memang mudah sukakan dan sayangkan orang . Tapi dalam masa yang sama , tak mudah orang yang aku sukakan toh membalas apa yang aku rasa . Aku sedar diri aku , aku tahu tahap aku dekat mana . Tak ada apa yang aku perlu takut atau risaukan . Aku cuma serahkan takdir , jodoh aku kepada ALLAH S.W.T . Semua itu telah ditetapkan . :')

Wednesday 13 June 2012

Harapan

ASSALAMUALAIKUM . . .
Sengaja aku tengok PROFILE FACEBOOK dia tadi , dengan tiba - tiba aku teringin pulak dan berharap untuk cuba memiliki ENGKAU . HUHU . Kadang-kadang apa yang aku pikir sekarang tak masok akal betol . HAHA .Tapi aku tahu , Aku memang tak kan pernah memiliki kau , sebab aku pon tak rasa yang kau kenal aku ke tidak . Hanya setakat jadi FRIEND dalam facebook and Liker Tegar aku , ingat senang-senang ke dia NAK dengan aku . HAHA . Tapi ini hanyalah angan-angan aku saja , tak berniat apa-apa pon . Tapi memang tadak apa yang dirisaukan pon , dia pon single . HAHAHA . *Kfoine ,aku memang cari masalah dekat sini . HAHA . Eh , tapi itu bukan bermaksod apa-apa . Saja layankan HATI ni yang lama tak berpenghuni . Aku sendiri pon tak kesah sebenarnya , ada partner or tadek partner , yang aku harapkan orang sekeliling yang aku sayang macam family aku , kawan terapat dengan aku , selalu ada untuk aku . Hah , bercerita pasal SANG ARJUNA sorang ini , teringin pulak share dengan kengkorang acenor lah diri SIDIA toh kan . HAHA . Actually , Aku suka dari cara dia menulis sesuatu post toh , *wah ! kata-kata dia , mencairkan. "AH , I'M  MELTED ! >.< " . Dia dalam pandangan hati aku pulak nampak dia seorang yang COOL saja. Tak kelam kabut , *ALL IS WELL - kata nya . :D . Dia ada DESUATU untuk membuat sesiapa sahaja yang menjadi pasangan dia nanti untuk sentiasa berasa BAHAGIA sepanjang bersama dirinya .*OHH , aku memang mengagumi diri dia ^^ . Tetapi ohh Tetapi , Ini hanyalah khayalan indah aku semata-mata . HUHU . Tinggi sangat BINTANG yang aku cuba capai toh .*jiwang ~,~ . Tapi didalam hati aku teringin bebenor nak ucap ni " I HOPE SOMEDAY YOU BE MY MINE AS MY HUSBAND" . Ucapan yang tak kan pernah terucap dan hanya terpendam . HUHU .

KALAU JIKA DIA JODOHKU :)


Sunday 27 May 2012

SESUATU . :)

ASSALAMUALAIKUM . .


Ini gambar pagi-pagi sebelom aku pergi kerja semalam . Aku snap sebab SEMALAM , *erkhemmm , " BILA TERINGAT , TERASA MALU PULAK NAK CAKAP " . hahaha . Biarlah rahsia . *seriusly , malu nak cerita dekat sini >.<* Pepagi dah senyum sampai ke telinga . Mak aku pong dah  pandang semacam jeh dekat anak dara dia yang SHOMEL ni . 0.o . HAHAHA  . Nak share , tapi segan . HAHAHA . Kfoine , banyak gelakk . ngehee :D . Senyum and Gelak jeh boleh sorok KETERUJAAN aku ini . *.* Yang pasti SENYUMAN ni dah melarat ke hari-hari mendatang. Wahh ! Indahh jeh rasa . hahaha . Sambil toh dengar lagu Backstreet Boys - As long As You Love Me pulakk kann , memang lagi di awang-awangan lah kan . HEHEHE :D

 Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are

Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Terasa lagu ni dok kelililingi aku dengan burung - burung yang pegang L O V E . HAHAHA *kuat berangan toh . HAHAHA .Asyik nyanyi yang chorus saja , sebab part toh yang dalam maksod toh . HEHEHE. Lepas dah dengar lagu-lagu yang mengasyikan aku ni , teros sambar LAPPY , " TIME TO SNAP SNOP ! Hah , disebabkan hati tengah GUMBIRA , inilah yang terjadi . HAHAHA .

KITE MALU SANGAT  ! >.<

SAMPAI TAKTAHU NAK CAKAP MACAM MANE . +.+

NAMPAK TAK SENYUM TOH ? SENYUM BAHAGIA TOH . NGEHEE :p
#Sudah Gaharu , Cendana pula , Sudah tahu , bertanya pula . :D *lalalalalala :)


Sunday 20 May 2012

K E R E S A H AN ~,~

 Assalamualaikum . . . 
Huh ! TARIKH KERAMAT !  21|05|2012 , tarikh keluar result Final Exam untok Semester 2 . AIYOOO ! Seriussly , harini takut dye lain macam punya . Aku takut benda yang aku tak sangka jadi kat aku . :(
Disebabkan NERVOUS menggila , aku TAK BERANI nak check RESULT aku sendiri even itu adalah hasil titik peluh aku selama 4 Bulan aku belajar untok Semester ke-2 . Mana nye tak NERVOUS , dalam masa Empat Bulan ini , Aku pon tak pasti apa aja yang aku belajar ==' *terok betol aku ni . hehehehe :P . Dalam masa Empat Bulan ni , macam-macam masalah yang aku alami . Termasuklah , HAL KENGKAWAN . Even pasal KENGKAWAN nampak remeh ,  tapi yang merasa nye aku . Korang yang baca , just tahu cerita , tetapi tak tahu apa yang AKU rasa .Tetapi dari situ lah aku kenal ERTI KAWAN DAN SAHABAT :')
JENIS KAWAN-KAWAN CERITA BELAKANG

JENIS KAWAN YANG BOLEH SHARING PROBLEM, HAPPY, SADNESS, ETC

PERBEZAAN KAWAN DAN KAWAN BAIK 
Tapi itulahh , kita cuma INSAN BIASA , selalu membuat kesilapan . Masing-masing ada masalah sendiri , masing-masing ada cara sendiri untuk selesaikannya . Bezanya , kita yang nak berkawan ni mestilah PANDAI nak cari kawan kann :) Tanpa ada kawan , kita takan rasa apa-apa pun dalam hidup kita . 
LIFE IS BETTER WITH FRIEND , RIGHT  ? ^,^
Hahh , Aku dah lari dari TOPIK ASAL ! *jaoh terpesongg . hahaha :D .  Nak cerita pasal RESULT , lain pulak yang dicerita . APA-APA pon , NERVOUS masih KEKAL di hati . HUHUHU . *selagi aku tak tengok , selagi itolah aku NERVOUS . huhuhu :P  . K O N K L U S I N Y A :
KEBIASAAN yang selalu terjadi dalam masa aku belajar  ~,~
  #STILL HOPE MY RESULT WILL BE OKAY . *saat dan ketika ini , aku tak check lagi . HAHA.

Thursday 17 May 2012

SENYUM DI PAGI HARI JUMAAT :D

ASSALAMUALAIKUM ... 
Hari ini hari untuk aku SENYUM agaknya . HAHAHA . Entah GEMBIRA semacam pulak aku rasakan harini . Mungkin ada sesuatu yang akan terjadi . Takpun ADA sesuatu pulak yang jadi malam ni . HUH ! takmao lah aku . HUHU . Siapalah yang nak sedih-sedih kan . Takpalah selagi aku boleh tersenyum di pagi hari ni , aku akan SENYUM . And more things , yang baru aku nak perasan sekarang , ialah AKU SEMAKIN SUKA AKAN BUDAK-BUDAK . Taktahu lahh kenapa . Yang pastii BUDAK-BUDAK boleh hilangkan rasa BOSAN , MARAH , DAN SEDIH aku . Bila teringatkan budak-budak , rasa macam nak ada anak sendirilah pulakk . HUHU . Penyejuk Badan and Penyedap Mata aku sekarang ni , bila tengok gelagat dorang pon boleh tersenyum . :D
Sedihh dye kene hempap dek teddybear . HEHEHE :D
Ala-ala cina . Comel kann . Itu yang buat aku tergoda uh .  HAHAHA . *dengar cerita pacek sedara dye , ayah dye memang ada keturunan cina . :)
Ni anak buah kepada Khairul Hasif . AEMAN AL HAQ nama dye . Tengok budak kecik ni pon aku dah boleh tersengih sensorang . HAHAHAA . OBSES BEBUDAK sekarang. HEHEHE


Dek kerana OBSES dengan budak-budak , aku jadikan gmbar adek ni wallpaper desktop lappy aku . :D

Tengoklah tekun tak budak kecik ni dok mengupdate status kat FACEBOOK gan BELOG dye . HAHAHA
#Kehidupan yang lebih menyenangkan dan menyelesakan bila dekat dengan keluarga tersayang ♥ ♥

Fouzian`s Family . *gambar raya tahonn bila ntah ! hahaha:D

Wednesday 16 May 2012

Pabila ~

ASSALAMUALAIKUM . . . 


Bila dalam  H A T I  banyak pilihann . Susah bebenor nak buat keputusan kann . Bila kita nak pilih yang I T U , yang I N I ada yang kita nak . Bila kita nak pilih yang I N I , yang I T U ada yang kita nak .ADESSSHH ! Apa saja lah H A T I ni .Senantiasa berasa bingung . HAHAHA . Tetapi . kalau lahh , ada EHEM-EHEM kann . Saya teringinnn sangat nak buat camni .
|
|
|
V
" I HOPE I WILL DO THIS WITH MY LOVELY BOYFIE . NGEHEE " :D






























nothing to display ~,~

ASSALAMUALAIKUMM .
 Sememangnya jelous tengok kengkawan . Hampir kesemua dah berpunya . Siap berjanji untok setia hingga ke naek pelamin lagi . SERONOK nyaa .  HAPPYY jehhh . heee . Ini jeh untok POST kali ini . :D
KAN BAGUS KALAU ADA ORANG YANG TERSAYANG BAGI KITA TEDDY BEAR NI . ALAHHAII , SUWEEEKKK NYEEE . :D

Sunday 13 May 2012

First time !

ASSALAMULAIKUM . 
HEEE . Nak update dapat kerja baru dah lama . Now , baru ada time and ada line wifi . HAHA . Apa apa pon , TAHNIAH INTAN DAYANA ! get new job now . tapi kerja biasa-biase saje . HUHU . But aku tak kesah , asalkan aku dapat kerja , dapat duit poket  and dapat hilangkan berat badan *MUNGKIN :D .
HAHAHA . AKU HAPPYY ! Antara partner aku di tempat kerja Masliana Mokhtar , Anisa Azrin , Asilah and Hazirah . Dorang tempat aku berkongsi rasa suka and excited . 
ITS ME !

MASLIANA :)

ANISA

  
ASILAH

Sayang Kan .

ASSALAMUALAIKUM ..
Harini , aku cuba nak share pasal kengkawan . kawan yang paling aku sayang sekarang ni , NUR FARISHA ABDULLAH . Entahhlah , terasa sayang sangat dengan budak kecik sorang ni . Even aku ni kekadang annoyying sikit , dye tahan jeh . Almaklomlah , dah nama pon kawan ,layankan sajelah perangai kawan dye yang sorang ni . Tapi aku bukan hanya kawan dengan dye untok hari gembira saje. Aku nak jugak kongsi hari sedih dengan dye . Dengan dye jugaklah aku berkongsi cerita sedih dan gembira aku . Baru-baru ni , dia ade konflik dengan abang sayang dye. * sekarang aku tak pasti , dye masih lagi dengan abang sayang dye ke atau dengan kasih baru dye . Dari kes dye nilah aku jadi sensitif . Aku suka bila Farisha dengan Fakrul , tapi pada masa yang sama Addin buat Farisha happy . Aku pon pening dan kesiankan Fakrul gan Farisha ni . Nak tolong Fakrul punya pasal , sebab dye ada call aku lam 12 lebih , tak silap aku . Dye tanyakan dekat aku , Farisha ni masih sayangkan dye lagi atau tak , Sebab dye dah mula rasakan yang Farisha ada orang lain .Aku dengan rela hati tawarkan diri dekat Fakrul untok tolong dye pujukkan si Farisha . Esoknya , aku skype dengan Farisha untok dapatkan kepastian dekat soalan Fakrul semalam . Farisha ternyata dah tawar hati dengan Fakrul . Aku pon , dah tahu hati si Farisha dah mula tawar , so ingat nak teros bagitau dekat Fakrul , yang Farisha dah tawat hati . So , kemungkinan besar , dorang akan berpisah . Pada awalnya , aku sedoh bila mengenangkan hubungan dorang yang dah hampir 9bulan toh , akhirnya tak kekal . Tapi apa kan daya , tadak jodoh antara dorang ni . Kesian , memang kesian . Kelmarin , Fakrul IM aku di Facebook , Aku pon teros ler nak cakapkan hal yang aku nak cakap kan toh , alih-alih , pada masa yang sama Farisha pon online di Facebook yang sama dengan si Fakrul . Dekat IM toh , aku baca si Farisha tulis, aku dapat rasakan yang Farisha mungkin akan ada salah faham dengan aku , nak pulak masa toh , Fakrul dengan Farisha dok berbalas cakap . Aku yang membaca pulak rasa serba salah pulak , bila dorang dok berbincang sengsama dorang , aku ada dekat situ bace semua telagah dorang Aku pulak yang tiba-tiba tersentap.Aku tak marahkan si Farisha mahupun Fakrul . Tapi entahlah , dengan tiba-tiba nya , air mata jatuh macam air terjunnn . huhuhu . mungkin aku sayangkan hubungan dorang ,* tapi mesti korang tertanya-tanya kan kenape pulak aku yang nampak lebih-lebih dalam hal dorang ni, sedangkan aku ni just sekadar kawan rapat jeh kepada Farisha ni . Hmm , hanya Tuhan yang tahu . :')
Now , Farisha dah pergi kepada orang yang lebih sayangkan dye , yang boleh jagakan dye , yang boleh dye berada selalu disamping dye . Sebagai kawan kau , aku doakan kau bahagia dengan si dia . :) Sayang dekat kau wahai NUR FARISHA ABDULLAH . #dah macam couple dah aku dengan kau ni . hahahaha
BILA AKU RINDU AKU NENGOK "TUTORIAL MASAK MAGGIE" :D 
*tapi malangnye bila aku nak upload video toh , tak bole . line problem ler . hehehe




Sunday 15 April 2012

PATAH HATI ! TENGOK KAU DENGAN DIA .

ASSALAMUALAIKUM . . 

HATI SEDIH PEDIH :| 
Apalah sebenarnye niat kau ni Capital Q ?  Kau dah buat aku suka kan kau ? YA ! Aku dah suka kan kau . Kau dah buat aku patah hati sebab kau ? YA ! aku dah patah hati gara-gara kau . Sekarang ni , kau buat dekat orang lain pulak . Bagus lah perangai kau . Lepas toh , kau nak tunjok-tunjok depan aku , kau tahu tak ? Aku jelous and bengang . So , please lah . Aku dah tak nak amek tahu pasal hidop kau , awek kau atau apa-apa jeh pasal kau .  Aku dah betol-betol tak nak tahu .... :(
#aku nak hilangkan kau dari kotak ingatan aku

Monday 2 April 2012

Dia Yang Pernah Ku Sayang . . . .

My heart was taken by you, broken by you, and now it's in pieces because of you.


ASSALAMULAIKUM , Awakk , kenapa awak buat macam toh dekat saya . Awak tahu kan , saya kan dah pernah cerita dekat awak , yang saya susah nak sayangkan orang .HMM . Awakk , sampai hati kann . Saya tak sangka , awak jaga saya dengan baik . Semua nasihat awak dekat saya , saya INGAT ! Awak , buat saya sayangkan awak , lepas toh , awak pergi macam ito jeh awak . Awak haritu dah JANJI kan . HMM , Awakkkkkkkkkk , tahu tak ? Saya banyak kali nampak awak dengan PEREMPUAN toh . Hati saya , BERDEBAR ! bertambah pulak Awak bawak PEREMPUAN , HATI SAKIT . Saya tak sanggup nak tengok . KENAPA awak buat saya macam ni . Hati saya bukan untuk di PERMAINKAN .


Saya pernah setia,
tapi diduakan.
Saya pernah percaya,
tapi saya dkhinati,
Saya pernah mencintai ,
tapi saya disakiti.
Saya pernah memiliki,
tapi akhirnya kehilangan.
Saya pernah jujur,
tapi saya ditipu.
Saya pernah berharap,
tapi harapan itu sia-sia.

# Lebih Baik Menunggu Orang Yang Tepat Daripada Menghabiskan Waktu Dengan Orang Yang Salah  

Macam mana sekarang , HATI saya awak buat luka , Saya tak suka bila saya dalam keadaan ini awakk .  SERIUSLY HURT BADLY ! HMM , mungkin ini akan saya jadikan PENGAJARAN . Tak mungkin saya ULANGI lagi . Terima Kasih awak kerana mempermainkan hati saya untuk kepuasan diri awak . HEBAT sungguh Awak kan . Awak, saya akan kenang awak sampai bila-bila , sebab awak sudah banyak ajar saya erti menyanyangi dan bukan untuk disayangi .Akhir Kata,SENYUMKU MENUTUP SERIBU DUKAKU :') 




Wednesday 28 March 2012

AWAK ♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM . . .

TERIMA KASIH AWAK .  Saya taktahu nak cakap macam mane , yang pasti selagi awak tak jumpa saya depan-depan , jangan lah awak terlalu memuji . Saya takot , saya takot awak beranggapan saya seperti INDAH KHABAR DARI RUPA . Biarlah awak nampak diri saya sebenar, baru awak nilai saya . Dalam alam maya ini , semua yang buruk boleh jadi cantek bila di'edit' . Saya taknak awak kata saya penipu . Kalau betol , awak boleh terima saya seadanya , saya pon akan begitu jugak . ♥♥
#KENALI SAYA :D

Saturday 24 March 2012

TIBA - TIBA SEDIH !

ASSALAMUALAIKUM . . .

Aku menangis tengok kau ! Dalam diam aku terasa sebak . Nurul Iman Thejackfruit ! Dialah PENYEBAB aku menangis . Hmm . cerita asalnya macam ni . Aku ada problem dengan housemate aku , jadi aku fikir lebih baik aku menumpang dirumah dia . Selama dua hingga tiga minggu jugak lah aku menjadi tetamu tumpangan dekat rumah dia . Macam - macam aku kongsi dengan si JACKFRUIT ni . Bukan dengan dia jeh ,tapi dengan Nazatul Nazwa serta Nur Zahirah jugakk . Happy jugak dengan dorang ni . Mana tak semua benda duduk buat sesama , gelak , ngumpat story mory and semua-semua lah yang boleh dibuat bersama kitorang buat . hahaha . Malam semalam , Farisha hantar aku balik rumah sewa aku , masa dalam kereta aku dah mula rasa sebak sangat , p aku kawal . Sebab aku taknak tunjok kat Farisha . Bila sampai saja kat depan rumah , keluarkan barang-barang dalam kereta , aku dah mula tak tahan nak nangis . Masa duk bersalam , berpelok dengan Farisha , aku TERNANGIS depan dia . Dia pon apa lagi , nangis jugak . ALAHAI , sedih kitorang ni , dah macam tak kan jumpa lagi , padahal nanti dekat politeknik , dalam kelas , aku jumpa jugak dengan budak kecik ANGRY BIRDS ni hah . HADOII LAHH , APTB . Tapi nak buat macam mana , SAYANG dekat Farisha ni dah macam ADIK sendiri . Tak boleh nak buat apa , masa nak balik rumah aku toh , dah menangis dah pun. HUHU . Aku akan RINDU kaulah FARISHA .  Rindu kena buli dengan kau , rindu nak bebel dekat kau siang malam , rindu nak kena maki dengan kau . HAHA .
 
HMM . . . AKU RINDU KAU :|
RINDU KAU ! 
HARAP DAPAT LUANG MASA DENGAN KAU .
#DEAR FARISHA , Jaga diri toh . Jangan asyik tak makan . Aku sentiasa doakan kau yang terbaik , INSYAALLAH . 



Friday 23 March 2012

MEREKA ♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM . . .
 Aku rindu kan mereka yang teramat . " Mak Abah , Intan rindukan mak gan abah . Intan nak balik sana and nak dudok dekat sana , supaya dekat gan Mak Abah :| " Betol kata abah , bila kita dah jauh dari keluarga , baru kita dapat rasa berharganya sebuah keluarga dalam diri kita , baru kita akan rasa macam mana nak survive diri tanpa keluarga , dan betapa susahnya kita ditempat baru . Dekat tempat orang kita perlu jaga perlakuan , akhlak dan setiap kata , kerana tak semua orang yang baru kita kenal boleh paham dengan kita melainkan dengan orang yang betol-betol kenal rapat dengan kita . Ya , aku memang rindukan mereka teramat sangat . Dekat Penang , aku dapat rasa yang aku betol-betol hilang tempat bergantung . Terlalu banyak masalah yang datang . "Mak Abah , doakan yang terbaik untuk Intan ya dekat sini , Intan dapat rasa yang Intan akan mengecewakan Mak Abah . "
LOVE THEM SO MUCH ! 

MOM - SITI ROKIAH BINTI CHEK MAY 

DAD - MOHD FOUZIAN BIN MAT
#apa-apa pun yang terjadi , maafkan intan . Intan nak Abah gan Mak tahu yang Intan sayangkan MAK gan ABAH . ♥♥♥

kenapa ?

ASSALAMUALAIKUM . . .

Hmm , Hati aku  terasa sakit . Tanpa aku tahu apa punca rasa sedih ini hadir . Aku merasa kesedihan menyelebungi perasaan aku pada saat dan ketika ini .Kata orang , senyuman adalah pengubat duka . Ya , aku akui , tetapi sebalik senyuman yang diukir itu menyimpan seribu kesedihan yang aku pendam . Hati aku sentiasa kosong . Aku mengharapkan seseorang boleh mengisi kekosongan itu . Saat ini terbuktilah hati aku memerlukan seorang lelaki . Perempuan mana yang tak mahu hati dia dimiliki ? Perempuan mana yang tak mahu diri dia dihargai , dibelai , dimanja ? Hakikatnya , SEMUA PEREMPUAN ! Tapi apa kan daya badan , tak semua lelaki yang dikenali hadir hanya semata-mata menghilangkan rasa bosan dalam diri mereka . Umpama aku seorang pelepas rasa bosan mereka terhadap perempuan lain . Ah , sakit rasanya . Aku cuba untuk berfikiran seperti mereka , tapi .. aku tak mampu . Hati aku teringin untok memiliki hatinya yang sedang menunggu kekasih dia yang lama untok kembali padanya . Aku berharap dan terlalu mengharapkan dirinya . Dia ! Dia ! Dia ! aku hanya teringatkan dia . Tapi aku dapat merasakan yang dia tidak akan sesekali menerima aku untok mengisi hati dia . Kerana dia terlalu sayangkan kasihnya yang terdahulu .Dengan rajuk hati , aku akan cuba untok menerima itu sebagai pengajaran dalam diri . Tidak semua yang kita mahukan, akan kita dapat . 

Wednesday 21 March 2012

PenemanSetiaKu #TOMMY && JENNY#

ASSALAMUALAIKUM . . .
HEYYAA ! untuk post kali ini , aku nak berkongsi cerita pasal haiwan  belaan aku . YESS! Anak Kura-Kura. Mereka ini telah dinamakan oleh AKU iaitu TOMMY bagi yang jantan dan yang betina pula JENNY . *sweet tak nama dorang^^* Walaupun dorang hanya sepasang anak kura-kura , tapi bagi aku tidak . Mereka ini adalah peneman aku , penunggu aku dan mereka ini jugalah yang selalu melayan kerenah aku and at the same time jugak aku pon senang melayan karenah dorang . First time , aku tengok anak kura-kura ni , dalam hati aku dah terdetik nak jadikan dorang sebagai haiwan peliharaan aku . PELIK kan ?  Tapi entah lah , selepas aku dah selesai buat urusan JUALBELI dengan Kakak yang tolong jual dorang ni , aku dapat rasa sesuatu perasaan yang lain . Sesuatu perasaan yang tak boleh nak ungkap . Hati aku rasa lapang sangat seolah-olah diri aku sememangnya menunggu kehadiran mereka . Selepas itu , aku pun telah berniat nak jaga dorang macam aku nak jaga anak-anak aku . hee. Emm , pejam celik pejam celik , aku dah jaga dorang hampir sebulan . Macam-macam karenah dan aksi-aksi yang pelik dan tak penah tengok semua aku dah tengok dekat dorang. SAYANG AKU DEKAT DORANG SESANGAT . Selepas dorang hadir dalam hidup aku , hidup makin happy . TERIMA KASIH KERANA TERIMA SAYA SEBAGAI PENJAGA ANDA(TOMMY&&JENNY).TERIMA KASIH JUGA PADA YANG ESA , MEMBUKA HATI AKU UNTUK MEMJAGA MEREKA .

Ini Antara Gambar-Gambar TOMMY && JENNY :
time to sleep TOMMY && JENNY .

gelagat comel mereka #lovethem.

Aku berharap mereka sentiasa menerima kaseh sayang yang aku berikan . Walaupun mereka tak kan pernah paham apa yang aku cakap kan sekarang ni , aku paham . Tapi aku dapat rasa yang mereka dapat merasa kaseh sayang yang aku cuba buat dekat dorang . 

get NEW HOBBIES .


ASSALAMUALAIKUMM . . .
 HAII, salam perkenalan . Saya masih baru dalam dunia blogging ini . Jika ada salah silap atau ketidakpuashatian , sila dan mohon berterus terang secara menerus kepada saya . Saya dulunya tidak pernah sekali pun terpikir ada BLOG disebabkan tahap kebosanan dan lebihan masa terluang di rumah dan dimana-mana sahaja saya berada inilah yang menyebabkan saya meminta pertolongan dari Nurul Iman TheJackFruit dan Aien Neory . Mereka ini lah yang berhempas pulas jugak lah tolong saya meng'edit'  blog ni . THANKYOU my friend give me a new hobbies !  Sayangg kaliann sangattt .*hug from ME. 

New Hobby