Friday 23 March 2012

kenapa ?

ASSALAMUALAIKUM . . .

Hmm , Hati aku  terasa sakit . Tanpa aku tahu apa punca rasa sedih ini hadir . Aku merasa kesedihan menyelebungi perasaan aku pada saat dan ketika ini .Kata orang , senyuman adalah pengubat duka . Ya , aku akui , tetapi sebalik senyuman yang diukir itu menyimpan seribu kesedihan yang aku pendam . Hati aku sentiasa kosong . Aku mengharapkan seseorang boleh mengisi kekosongan itu . Saat ini terbuktilah hati aku memerlukan seorang lelaki . Perempuan mana yang tak mahu hati dia dimiliki ? Perempuan mana yang tak mahu diri dia dihargai , dibelai , dimanja ? Hakikatnya , SEMUA PEREMPUAN ! Tapi apa kan daya badan , tak semua lelaki yang dikenali hadir hanya semata-mata menghilangkan rasa bosan dalam diri mereka . Umpama aku seorang pelepas rasa bosan mereka terhadap perempuan lain . Ah , sakit rasanya . Aku cuba untuk berfikiran seperti mereka , tapi .. aku tak mampu . Hati aku teringin untok memiliki hatinya yang sedang menunggu kekasih dia yang lama untok kembali padanya . Aku berharap dan terlalu mengharapkan dirinya . Dia ! Dia ! Dia ! aku hanya teringatkan dia . Tapi aku dapat merasakan yang dia tidak akan sesekali menerima aku untok mengisi hati dia . Kerana dia terlalu sayangkan kasihnya yang terdahulu .Dengan rajuk hati , aku akan cuba untok menerima itu sebagai pengajaran dalam diri . Tidak semua yang kita mahukan, akan kita dapat .