Wednesday 28 March 2012

AWAK ♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM . . .

TERIMA KASIH AWAK .  Saya taktahu nak cakap macam mane , yang pasti selagi awak tak jumpa saya depan-depan , jangan lah awak terlalu memuji . Saya takot , saya takot awak beranggapan saya seperti INDAH KHABAR DARI RUPA . Biarlah awak nampak diri saya sebenar, baru awak nilai saya . Dalam alam maya ini , semua yang buruk boleh jadi cantek bila di'edit' . Saya taknak awak kata saya penipu . Kalau betol , awak boleh terima saya seadanya , saya pon akan begitu jugak . ♥♥
#KENALI SAYA :D

Saturday 24 March 2012

TIBA - TIBA SEDIH !

ASSALAMUALAIKUM . . .

Aku menangis tengok kau ! Dalam diam aku terasa sebak . Nurul Iman Thejackfruit ! Dialah PENYEBAB aku menangis . Hmm . cerita asalnya macam ni . Aku ada problem dengan housemate aku , jadi aku fikir lebih baik aku menumpang dirumah dia . Selama dua hingga tiga minggu jugak lah aku menjadi tetamu tumpangan dekat rumah dia . Macam - macam aku kongsi dengan si JACKFRUIT ni . Bukan dengan dia jeh ,tapi dengan Nazatul Nazwa serta Nur Zahirah jugakk . Happy jugak dengan dorang ni . Mana tak semua benda duduk buat sesama , gelak , ngumpat story mory and semua-semua lah yang boleh dibuat bersama kitorang buat . hahaha . Malam semalam , Farisha hantar aku balik rumah sewa aku , masa dalam kereta aku dah mula rasa sebak sangat , p aku kawal . Sebab aku taknak tunjok kat Farisha . Bila sampai saja kat depan rumah , keluarkan barang-barang dalam kereta , aku dah mula tak tahan nak nangis . Masa duk bersalam , berpelok dengan Farisha , aku TERNANGIS depan dia . Dia pon apa lagi , nangis jugak . ALAHAI , sedih kitorang ni , dah macam tak kan jumpa lagi , padahal nanti dekat politeknik , dalam kelas , aku jumpa jugak dengan budak kecik ANGRY BIRDS ni hah . HADOII LAHH , APTB . Tapi nak buat macam mana , SAYANG dekat Farisha ni dah macam ADIK sendiri . Tak boleh nak buat apa , masa nak balik rumah aku toh , dah menangis dah pun. HUHU . Aku akan RINDU kaulah FARISHA .  Rindu kena buli dengan kau , rindu nak bebel dekat kau siang malam , rindu nak kena maki dengan kau . HAHA .
 
HMM . . . AKU RINDU KAU :|
RINDU KAU ! 
HARAP DAPAT LUANG MASA DENGAN KAU .
#DEAR FARISHA , Jaga diri toh . Jangan asyik tak makan . Aku sentiasa doakan kau yang terbaik , INSYAALLAH . 



Friday 23 March 2012

MEREKA ♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM . . .
 Aku rindu kan mereka yang teramat . " Mak Abah , Intan rindukan mak gan abah . Intan nak balik sana and nak dudok dekat sana , supaya dekat gan Mak Abah :| " Betol kata abah , bila kita dah jauh dari keluarga , baru kita dapat rasa berharganya sebuah keluarga dalam diri kita , baru kita akan rasa macam mana nak survive diri tanpa keluarga , dan betapa susahnya kita ditempat baru . Dekat tempat orang kita perlu jaga perlakuan , akhlak dan setiap kata , kerana tak semua orang yang baru kita kenal boleh paham dengan kita melainkan dengan orang yang betol-betol kenal rapat dengan kita . Ya , aku memang rindukan mereka teramat sangat . Dekat Penang , aku dapat rasa yang aku betol-betol hilang tempat bergantung . Terlalu banyak masalah yang datang . "Mak Abah , doakan yang terbaik untuk Intan ya dekat sini , Intan dapat rasa yang Intan akan mengecewakan Mak Abah . "
LOVE THEM SO MUCH ! 

MOM - SITI ROKIAH BINTI CHEK MAY 

DAD - MOHD FOUZIAN BIN MAT
#apa-apa pun yang terjadi , maafkan intan . Intan nak Abah gan Mak tahu yang Intan sayangkan MAK gan ABAH . ♥♥♥

kenapa ?

ASSALAMUALAIKUM . . .

Hmm , Hati aku  terasa sakit . Tanpa aku tahu apa punca rasa sedih ini hadir . Aku merasa kesedihan menyelebungi perasaan aku pada saat dan ketika ini .Kata orang , senyuman adalah pengubat duka . Ya , aku akui , tetapi sebalik senyuman yang diukir itu menyimpan seribu kesedihan yang aku pendam . Hati aku sentiasa kosong . Aku mengharapkan seseorang boleh mengisi kekosongan itu . Saat ini terbuktilah hati aku memerlukan seorang lelaki . Perempuan mana yang tak mahu hati dia dimiliki ? Perempuan mana yang tak mahu diri dia dihargai , dibelai , dimanja ? Hakikatnya , SEMUA PEREMPUAN ! Tapi apa kan daya badan , tak semua lelaki yang dikenali hadir hanya semata-mata menghilangkan rasa bosan dalam diri mereka . Umpama aku seorang pelepas rasa bosan mereka terhadap perempuan lain . Ah , sakit rasanya . Aku cuba untuk berfikiran seperti mereka , tapi .. aku tak mampu . Hati aku teringin untok memiliki hatinya yang sedang menunggu kekasih dia yang lama untok kembali padanya . Aku berharap dan terlalu mengharapkan dirinya . Dia ! Dia ! Dia ! aku hanya teringatkan dia . Tapi aku dapat merasakan yang dia tidak akan sesekali menerima aku untok mengisi hati dia . Kerana dia terlalu sayangkan kasihnya yang terdahulu .Dengan rajuk hati , aku akan cuba untok menerima itu sebagai pengajaran dalam diri . Tidak semua yang kita mahukan, akan kita dapat . 

Wednesday 21 March 2012

PenemanSetiaKu #TOMMY && JENNY#

ASSALAMUALAIKUM . . .
HEYYAA ! untuk post kali ini , aku nak berkongsi cerita pasal haiwan  belaan aku . YESS! Anak Kura-Kura. Mereka ini telah dinamakan oleh AKU iaitu TOMMY bagi yang jantan dan yang betina pula JENNY . *sweet tak nama dorang^^* Walaupun dorang hanya sepasang anak kura-kura , tapi bagi aku tidak . Mereka ini adalah peneman aku , penunggu aku dan mereka ini jugalah yang selalu melayan kerenah aku and at the same time jugak aku pon senang melayan karenah dorang . First time , aku tengok anak kura-kura ni , dalam hati aku dah terdetik nak jadikan dorang sebagai haiwan peliharaan aku . PELIK kan ?  Tapi entah lah , selepas aku dah selesai buat urusan JUALBELI dengan Kakak yang tolong jual dorang ni , aku dapat rasa sesuatu perasaan yang lain . Sesuatu perasaan yang tak boleh nak ungkap . Hati aku rasa lapang sangat seolah-olah diri aku sememangnya menunggu kehadiran mereka . Selepas itu , aku pun telah berniat nak jaga dorang macam aku nak jaga anak-anak aku . hee. Emm , pejam celik pejam celik , aku dah jaga dorang hampir sebulan . Macam-macam karenah dan aksi-aksi yang pelik dan tak penah tengok semua aku dah tengok dekat dorang. SAYANG AKU DEKAT DORANG SESANGAT . Selepas dorang hadir dalam hidup aku , hidup makin happy . TERIMA KASIH KERANA TERIMA SAYA SEBAGAI PENJAGA ANDA(TOMMY&&JENNY).TERIMA KASIH JUGA PADA YANG ESA , MEMBUKA HATI AKU UNTUK MEMJAGA MEREKA .

Ini Antara Gambar-Gambar TOMMY && JENNY :
time to sleep TOMMY && JENNY .

gelagat comel mereka #lovethem.

Aku berharap mereka sentiasa menerima kaseh sayang yang aku berikan . Walaupun mereka tak kan pernah paham apa yang aku cakap kan sekarang ni , aku paham . Tapi aku dapat rasa yang mereka dapat merasa kaseh sayang yang aku cuba buat dekat dorang . 

get NEW HOBBIES .


ASSALAMUALAIKUMM . . .
 HAII, salam perkenalan . Saya masih baru dalam dunia blogging ini . Jika ada salah silap atau ketidakpuashatian , sila dan mohon berterus terang secara menerus kepada saya . Saya dulunya tidak pernah sekali pun terpikir ada BLOG disebabkan tahap kebosanan dan lebihan masa terluang di rumah dan dimana-mana sahaja saya berada inilah yang menyebabkan saya meminta pertolongan dari Nurul Iman TheJackFruit dan Aien Neory . Mereka ini lah yang berhempas pulas jugak lah tolong saya meng'edit'  blog ni . THANKYOU my friend give me a new hobbies !  Sayangg kaliann sangattt .*hug from ME. 

New Hobby